1. Adakah Saya Perlu Membuat Sebarang Pembayaran untuk Menggunakan Perkhidmatan Pusaracare.sg ?
Ya, Caj Yang Dikenakan Daripada Perkhidmatan Pusaracare.sg Sdalah Mengikut Pakej Yang Tuan-tuan Dan Puan-puan Pilih.
2. Bilakan Pembayaran Perkhidmatan Pusara Perlu Dibuat ?
Pembayaran Adalah Selepas Perkhidmatan Untuk Pakej (A, B & C). Manakala untuk Pakej D, Pembayaran Mestilah Dibuat Terlebih Dahulu
3. Dimanakah Perkhidmatan Pusara di Singapura yang Pusaracare.sg Sediakan ?
Terdapat 2 Pusara di Singapura yang Pusaracare.sg Sediakan Perkhidmatan iaitu Pusara Aman dan Pusara Abadi.
4. Apakah Tindakan Sekiranya Perkhidmatan Pusaracare.sg Tidak Memuaskan ?
Kami di Pusaracare.sg Memberikan Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Tidak Memuaskan.
5. Apakah Perkhidmatan Lain yang Disediakan Oleh Pusaracare.sg ?
Kami Juga Menyediakan Beberapa Perkhidmatan Lain seperti :
1) Perkhidmatan Pengurusan Jenazah
2) Perkhidmatan Nuzriah & Wasiat
6. Bagaimana Untuk Booking Perkhidmatan Pusara Care.sg?
Untuk Booking Perkhidmatan, Sila WhatsApp Butir Berikut ke +65 93250300
1. Nama Almarhum/Almarhuma
2. BLK No
3. LOT No
7. Bagaimana Ingin Tahu Jika Kerja Dijalankan Dengan Sempurna?
Perkhidmatan Pusara Care.sg Termasuk Mengirimkan Gambar Perkuburan Sebelum Dan Selepas Dibersihkan.
8. Bagaimana Jika Saya Lupa BLK & LOT No. Almarhum/Almarhuma?
Pusara Care.sg Akan Cuba Membantu Jika Diberikan Nama Almarhum/Almarhuma & Tahun Meninggal Dunia.
9. Apakah Pengertian Nuzriah ?
Nuzriah Dari Sudut Istilah Adalah Nazar Yang Dibuat Oleh Seseorang Untuk Menyerahkan Sebahagian Atau Keseluruhan Hartanya Sebelum Kematiannya Kepada Pihak Lain.
10. Apakah Pengertian Wasiat ?
Setiap Muslim Digalakkan Untuk Meninggalkan Wasiat. Dalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى Memerintahkan Seseorang Itu Supaya Berwasiat Seperti Dalam Surah Alma’idah Ayat 106 Yang Bermaksud
"Hai Orang-Orang Yang Beriman, Apabila Salah Seorang Daripada Kamu Menghadapi Kematian, Sedang Dia Akan Berwasiat, Maka Hendaklah (Wasiat Itu) Disaksikan Oleh Dua Orang Yang Adil Antara Kamu Atau Dua Orang Yang Berlainan Agama Dengan Kamu, Jika Kamu Dalam Perjalanan Di Muka Bumi, Lalu Kamu Ditimpa Bahaya Kematian"
Di Samping Itu, Rasulullah ﷺ Menggalakkan Seseorang Itu Membuat Wasiat Sebagaimana Dalam Hadith:
"Tiada Hak (Patut) Bagi Seorang Muslim, Mempunyai Sesuatu Yang Boleh Diwasiatkan Dibiarkan Hingga Dua Malam Melainkan Wasiatnya Itu Tertulis Di Sisinya".
(Hadis Riwayat Al Bukhari Dan Muslim)
11. Adakah Caj Akan Dikenakan Bagi Tujuan Konsultasi ?
Konsultasi Pertama Adalah Percuma Tanpa Bayaran
💖 Kami Akan Melaksanakan Amanah Yang Diberikan Dengan Penuh Hormat Menjaga Pusara Seperti Ibu Bapa & Saudara Kami Sendiri ان شاء الله 💖
💖 Kami Memberikan Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Perkhidmatan Tidak Memuaskan 💖
MEGA@Woodlands #06-04 39 Woodlands Close
737856 Woodlands, Singapore
💖 Kami Akan Melaksanakan Amanah Yang Diberikan Dengan Penuh Hormat Menjaga Pusara Seperti Ibu Bapa & Saudara Kami Sendiri
ان شاء الله 💖
💖 Kami Memberikan Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Perkhidmatan Tidak Memuaskan 💖
MEGA@Woodlands #06-04 39 Woodlands Close
737856 Woodlands, Singapore